Wednesday, June 10, 2009

Jom Beramal Bekam Sunnah

Wahai saudaraku :-

Marilah kita beramal bekam sunnah sekurang-kurangnya seumur hidup sekali . Kita cuba untuk mengikuti keseluruhan cara hidup Baginda Nabi Muhammad S.A.W. sedaya upaya kita . Begitu jugalah dalam cara kita berubat juga kita cuba untuk mengikuti segala jejak contoh ikutan kita tersebut , iaitu tidak lain dan tidak bukan cara bagaimana Nabi Kita Muhammad S.A.W berubat dengan berbekam. 

Cubalah kita pelajari ikutan yang merupakan sunnah nabi . Jadi sudah barang tentulah jika kita beramal dengan sunnah bekam ini , kita mendapat pahala yang besar di sisi Allah Subhanahuwataala . Ini kerana di akhir zaman ini tidak ramai lagi yang mahu mengikuti sunnah Baginda Nabi Muhammad . Ramai yang beranggapan tidak sesuai dengan zamanlah dan sebagainya. Ini semua tuduhan dan anggapan negatif terhadap sunnah nabi kita. Justru bangkitlah wahai saudaraku . Marilah kita beramal dengan sunnah nabi . Ayuh sebelum terlambat . Marilah kita memperjuangkan sunnah nabi sekurang-kurangnya dalam bab bekam ini.

Marilah kita mencintai sunnah berbekam ini kerana ia adalah sunnah nabi juga. Sepertimana sunnah-sunnah nabi yang lain. Banyak kelebihan dan manfaatnya dari segi rohani  mahu pun jasmani apabila kita faham dan beramal sunnah bekam nabawi tersebut.

Saya telah menyediakan satu laman web khas yang membicarakan bab bekam sunnah tersebut. Silalah layari http://www.rawatanislamazam.com/

No comments:

Post a Comment