Monday, May 10, 2010

Ketenangan dan Rawatan Islam

Asas kesembuhan adalah ketenangan jiwa . Jiwa yang tenang ( Mutmainnah ) jiwa yang diredoi Allah . Jiwa yang tidak berkecamuk dengan pelbagai masalah duniawi ( bukan tiada masalah tetapi masalah tidak menguasai hati ). Jiwa yang khusyuk dan tunduk kepada tuhannya yang Maha Tinggi . Jiwa yang sentiasa ingat akan Allah pencipta dirinya yang hina , lemah dan tiada daya upaya pun . Jiwa yang pasrah hanya kepada Allah . Jiwa yang kuat dengan Allah . Itulah gambaran hal jiwa yang tenang ( mutmainnah ) .

Segala rawatan akan kembali kepada hati yang menjadi tempat tumpuan Allah . Jika jiwa itu rosak maka rosaklah sekalian anggota badannya . Itulah hati tempat tilik tuhan , Pencipta Alam Jagat .

Jika mau sihat , maka hati itu perlu sihat terlebih dahulu . Dengan hati , kita menuju kepada-Nya . Tunduk , patuh dan pasrah akan hadirat Ilahi .

Sunday, May 9, 2010

Bahaya amalan syirik

1) Amalan ditolak dan tidak diterima
2) Seluruh kehidupan menjadi sesia selagi tidak meninggalkan syirik tersebut.
3) 'Aura ' tubuh menjadi gelap kerana dosa yang dipalit .
4) Bakal menjadi manusia celaka di akhirat kelak .
Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya , sama ada rawatan Bekam Sunnah , iridiologi , mahu pun pelbagai penyakit zohir dan bathin bolehlah menghubungi saya seperti di Bukit Mertajam :

No. Tel : 0124336419 ( En Azam )

( sms jika tidak dapat hubungi secara biasa insyaallah saya akan balas kemudian )

Bentuk Rawatan Masa Kini

Saya dapati ada pelbagai jenis kaedah merawat yang dilakukan oleh pelbagai lapisan perawat. Saya lihat perawat Islam begitu kreatif dalam membantu pesakit mereka ; tetapi tidaklah sampai menyeleweng dari ajaran Islam ; itu tak apa. Begitulah kuasa Allah dan betapa kaya-Nya Ilmu-Nya dalam bidang perubatan ini . Saya dalam bidang perubatan ini telah menempuh pelbagai pengalaman berharga dalamnya . Apa yang penting bagi saya , ini telah dapat memantapkan iman kepada-Nya jua. Amin .

Thursday, May 6, 2010

Kajian Rawatan Islam

Kebanyakan yang datang berubat kepada saya meliputi pelbagai penyakit fizikal dan juga rohani . Penyakit fizikal seperti penyakit kulit yang sukar untuk diubati ,penyakit lemah fizikal sehingga dinasihati doktor supaya tidak berpuasa kerana uzur , masalah rumahtangga , gangguan makhluk halus dan sebagainya .

Apa yang penting penanaman akidah Islam amat penting supaya manusia tidak berputus asa dalam mengubati penyakit yang mengganggu mereka .

Saturday, June 13, 2009

Pendidikan dan Agama

Pendidikan penting dengan ditelusuri nilai-nilai murni yang menjana pemangkin ummah di alaf maya ini . Nilai-nilai murni itu pula dicampuri dengan ramuan rempah-ratusnya yang bernilai tinggi bersama budaya hidup beragama . Hidup beragama dengan budayanya yang unik universal menggamit perhatian insan yang dahagakan ilmu , pimpinan dan pegangan yang kukuh dari Ilahnya . Ilahnya tidak lain dan tidak bukan adalah Ia Yang Maha Esa , Maha Tinggi dan lagi Maha Terpuji .

Pembangunan insaniah perlu dipelihara dan dijaga ; disemai selalu agar dewasa ini nampak cahaya indah bergemerlapan subur di siang hari: Bukan di Malam Hari - yang gelap pekat , kosong , tiada nyawa . Pembangunan itu perlu dibina saban hari dan jangan diberhentikan ia sesudah itu . Jangan seribu kali jangan.

Teruskan suburkan ketauhidan di alam pendidikan . Teruskan dan suburkanlah kemanisan iman di dada-dada anak kecil , di buaian dan di pangkuan ibunya . Agar terkejap erat hubungan erat iman ,takwa dengan insan robbani . Wassalam.

Thursday, June 11, 2009

Perbezaan Ketara Antara Darah Bekam dengan Darah Penderma

(a)Darah bekam hanya 10% sel darah putih berbanding dengan darah yang didermakan.

(b)Semua sel darah merah cacat dan rosak manakala sel darah yang didermakan masih dalam keadaan elok dan baik.

Wednesday, June 10, 2009

Waktu Terbaik Berbekam

Hari Hijrah Baik : 17hb Bulan Hijrah , 19hb Bulan Hijrah dan 21hb Hijrah
Hari Baik : Isnin , Selasa dan Khamis
Hari Hijrah Terbaik : 17hb Hijrah
Hari Terbaik : Selasa
Masa Terbaik : Waktu Siang
Jam Terbaik : 2:00p.m.-3:00p.m.
Bulan Baik : Safar
Kekerapan : Musim , Bulanan @ Tahunan

Jom Beramal Bekam Sunnah

Wahai saudaraku :-

Marilah kita beramal bekam sunnah sekurang-kurangnya seumur hidup sekali . Kita cuba untuk mengikuti keseluruhan cara hidup Baginda Nabi Muhammad S.A.W. sedaya upaya kita . Begitu jugalah dalam cara kita berubat juga kita cuba untuk mengikuti segala jejak contoh ikutan kita tersebut , iaitu tidak lain dan tidak bukan cara bagaimana Nabi Kita Muhammad S.A.W berubat dengan berbekam. 

Cubalah kita pelajari ikutan yang merupakan sunnah nabi . Jadi sudah barang tentulah jika kita beramal dengan sunnah bekam ini , kita mendapat pahala yang besar di sisi Allah Subhanahuwataala . Ini kerana di akhir zaman ini tidak ramai lagi yang mahu mengikuti sunnah Baginda Nabi Muhammad . Ramai yang beranggapan tidak sesuai dengan zamanlah dan sebagainya. Ini semua tuduhan dan anggapan negatif terhadap sunnah nabi kita. Justru bangkitlah wahai saudaraku . Marilah kita beramal dengan sunnah nabi . Ayuh sebelum terlambat . Marilah kita memperjuangkan sunnah nabi sekurang-kurangnya dalam bab bekam ini.

Marilah kita mencintai sunnah berbekam ini kerana ia adalah sunnah nabi juga. Sepertimana sunnah-sunnah nabi yang lain. Banyak kelebihan dan manfaatnya dari segi rohani  mahu pun jasmani apabila kita faham dan beramal sunnah bekam nabawi tersebut.

Saya telah menyediakan satu laman web khas yang membicarakan bab bekam sunnah tersebut. Silalah layari http://www.rawatanislamazam.com/

Apakah itu Al-Hijamah?

Teknik mengeluarkan sesuatu ( darah atau tanpa darah ) melalui permukaan kulit yang memberi keracunan ( toksik) kepada tubuh badan. Ia merupakan amalan perubatan Rasulullah S.A.W. untuk menyembuhkan penyakit.

Pada zaman dahulu , Rasulullah S.A.W. menggunakan tanduk , gelas atau mangkuk tinggi manakala pada hari ini , bekam dapat dipraktikkan dengan menggunakan cawan plastik , vakum moden , jarum lancet atau pisau cukur .

Marilah Memulakan Perniagaan Internet

Wahai saudaraku :-

Marilah kita mulakan langkah pertama dalam hidup kita untuk menjalankan perniagaan internet . Kita buka minda kita , ruang lingkup budaya kita kepada ruang lingkup budaya berniaga secara internet pula . Langkah pertama ini kita mulakan untuk membuka lembaran baru dalam hidup kita . Kita menjadi seorang peniaga internet yang berjaya .

Marilah kita meneroka alam perniagaan internet. Carilah pengalaman yang baru melalui langkah pertama tersebut di bidang baru bagi kita ( tidak bagi negara maju ) untuk kita tingkatkan tahap pengalaman kita ke peringkat global. Perniagaan kita tidak lagi bertaraf kekampungan tetapi sudah mencapai taraf global .

Kita perlulah berusaha mempertingkatkan ekonomi ummah , ekonomi umat Islam bermula daripada dalam diri kita sendiri terlebih dahulu . Barulah kita perbaiki orang lain , saudara-mara kita , jiran tetangga dan seterusnya masyarakat . Mulakan perniagaan internet bermula daripada sekarang. Jadikan kata-kata ini kata-kata semangat buat anda semua untuk berani menceburi bidang perniagaan internet .
Mulakanlah langkah jutawan internet anda dari sini (insyaallah dengan usaha dan perancangan anda yang strategik , betul dan tepat).

Tuesday, June 9, 2009

KEMBALI MEWARISI DAN MEMBUDAYAKAN PERUBATAN CARA RASULULLAH S.A.W.

Kesihatan adalah anugerah Allah S.W.T. dan merupakan suatu syarat serta kewibawaan tersendiri bagi umat. Umat yang kukuh dan sihat akan mudah melaksanakan misi serta amanah sekaligus mampu tampil unggul di tengah masyarakat lingkungannya.

Secara sederhana itulah dimensi sihat dalam Islam . Namun demikian , idealnya Islam bukan sekadar memberikan anjuran untuk hidup secra fizikal mahupun rohani melainkan Islam juga menganjurkan prinsip-prinsip perubatan yang bersesuaian dengan syariat dan sunnah Nabi S.A.W.

Pelbagaikan ibadah kita

Kepelbagaian beribadah kepada Allah Subhanahuwataala amatlah baik untuk kita lakukan dalam kehidupan kita sehari-hari . Ia amat praktikal , dan kita amat disarankan untuk mengerjakannya. Kepelbagaian tersebut merujuk kepada ibadah badaniah , lisan , aqliah , pancaindera , zahiriah mahupun batiniah . Ia mencakupi keseluruhan jenis ibadah itu sendiri . Ia bukan merujuk kepada satu-satu ibadah tertentu semata. Tulisan ini bukanlah bermaksud supaya kita meninggalkan ibadah yang selalu kita lakukan . Bukan begitu maksudnya . Bahkan ia menggalakkannya dengan ditambah lagi dengan ibadah-ibadah sunnah yang lain. Ini baru menepati skop jangkauan tulisan ini . Jadi sebenarnya jika kita mempelbagaikan ibadah itu sendiri sudah menunjukkan suatu perkembangan ataupun dalam erti kata yang lain kita telah mencapai satu tahap beribadah kepada Allah yang lebih baik daripada sebelumnya . Mungkin selama ini kita cuma beramal satu jenis ibadah tertentu sahaja .Maka kali ini kita sepatutnya mempertingkatkan lagi tahap ibadah itu dengan ibadah sokongan yang lainnya .

Ibadah kepada Allah sama jugalah ibarat seperti seseorang makan untuk keperluan badaniahnya . Bahkan ibadah kepada Allah lebihlah daripada itu tiada umpama ibaratpun ; cuma sebagai bandingan untuk fahaman akal kita yang rendah semata. Beribadah kepada Allah merupakan santapan rohani kepada roh kita . Ya , sepertimana kita perlu makan untuk hidup begitu jugalah kita perlu makanan rohani untuk kehidupan rohaniah kita. Ini untuk pendekatan fahaman kita . Jadi ibadah kepada Allah itu suatu keperluan hidup sebenarnya . Itulah menjadi panduan kita . Bukan sekadar mengalas perut semata untuk mengisi tembolok kita demi memuaskan hawa nafsu kita semata.

Cuba bayangkan jika makanan itu berbagai jenis juadah , citarasa , sentuhannya , warnanya , bentuknya , saiznya dan macam-macam lagilah . Maka sudah tentu sedap bukan hidangan tersebut. Begitulah juga jika ibadah kita itu dipelbagaikan maka sudah tentu sedap dan nikmatnya ibadah itu. Subhanallah , tuhan yang menurunkan kepelbagaian ibadah kepada hamba-Nya ; Yang Maha Mengetahui Segala Rahsia-Nya .Alhamdulillah beruntung hamba-hamba-Nya yang beribadah kepadanya dengan kepelbagaian jenis ibadah kepada –Nya.

Begitulah serba-sedikit ulasan pendek saya untuk santapan rohani hamba-hamba-Nya. Jumpa lagi di lain waktu .

Monday, June 8, 2009

Why Islam ?

(a) Islam introduce Allah is One God.
(b) Islam is Jamal( Beautiful).
(c) Islam is the way of truth .
(d) Only Islam you can get the Truth you want to.
(e) Islam is hidayah ( Guidance) to guide you what to must/musn't done.

We hope we all can get The Truth we want to. Amin Ya Allah.

Islam dan Insan

(a) Islam itu benar.Manusia dididik Islam menjadi insan.
(b) Islam itu jalan lurus. Insan dididik Islam ke arah kebenaran.
(c) Islam itu hidayah . Insan yang benar dididik Islam menuju tuhannya.
(d) Islam itu jamal. Insan robbani dididik Islam menuju mahabbatullah (Cinta Agung).
(e) Islam itu segalanya. Insan Asyik dididik Islam abadi bersama rob-Nya.

Moga kita termasuk ke dalam golongan tersebut . Amin ya Allah.

Saturday, June 6, 2009

Jom ke Rawatan Islam

Jom beramal rawatan Islam . Kembalikan diri kita untuk beramal dengan rawatan bercorak Islam . Tinggalkan khurafat , jampi serapah yang tidak bersumberkan Islam atau jampi serapah yang tidak difahami erti dan maksud tujuannya .

Rawatan Islam adalah yang terbaik daripada segi kehalalannya , keharusannya dan disarankan oleh agama Islam . Hidup berkat dengan cara Islamik segenap sudut kehidupan sama ada semasa sihat mahu pun semasa kita sakit.

[CATATAN PENGALAMAN PERAWAT EN. MUHD AZAM DI BUKIT MERTAJAM 0124336419]

Friday, June 5, 2009

Tips perniagaan internet cara Islam

(a) Berlandaskan hukum syarak -al-Quran dan hadith
(b) Tidak mengejar keuntungan duniawi semata.
(c) Bersyukur di atas keuntungan yang diperolehi.
(d) Jangan menindas manusia lain di dalam perniagaan itu.
(e) Berurusan dengan bukan islam cuma atas dasar muamalat semata.

Thursday, June 4, 2009

Tips ketenangan

(a) bermuzakarah dengan teman yang soleh
(b) berbuat amal jariah seperti sedekah
(c) jangan tamak mengejar keduniaan semata.
(d) ziarahi taman-taman syurga di dunia (tempat mengaji ilmu)

Wednesday, June 3, 2009

NUTRIEN CERDAS MINDA ,CPINTRASS, c lansmax, minyak jaguh, Nu Prep,

NUTRIEN CERDAS MINDA ,CPINTRASS, c lansmax, minyak jaguh, Nu Prep,

Rahsia Saraf Tapak Tangan Boleh Kesan Penyakit

Saraf tapak tangan menceritakan seribu satu rahsia Ilahi . Cuma manusia hari ini baru dapat mengetahui salah satu rahsia ciptaan Allah yang agung. Tapak tangan kita boleh memberitahu diri kita akan penyakit yang berada di dalam diri kita ( semua dengan izin-Nya belaka ). Melalui tanda-tanda tertentu pada tapak tangan seseorang pesakit, kita boleh mengesan secara rawak masalah yang dihadapi oleh seseorang pesakit.Subhanallah Maha Suci Allah . Hanya melalui tapak tangan saja kita boleh mengetahui beberapa jenis masalah pesakit kita. Masya-Allah.

[Catatan ringkas pengalaman penulis - En. Muhamad Azam - di Bukit Mertajam 0124336419]

Dianosis Iridiologi - Bukti Kuasa Allah

Penemuan perubatan alternatif , iaitu salah satunya yang popular hari ini ialah diagnosis penyakit menggunakan teknik moden yang dikenali sebagai iridiologi. Rawatan iridiologi adalah berasaskan pemerhatian terhadap anak mata kita sendiri . Hari ini teknologi moden menggunakan scan komputer canggih terhadap anak mata kita dapat mengesan pelbagai jenis penyakit dalam badan . Selain itu dengan menggunakan pen lampu suluh kecil juga kita boleh mengesan penyakit badan melalui anak mata .

Pesakit yang datang ke rumah saya di Bukit Mertajam biasanya saya mendiagnosis mereka menggunakan teknik iridiologi tersebut . Namun tidaklah menggunakan teknologi komputer yang mahal tersebut . Saya cuma menggunakan sebatang pen lampu suluh kecil pun dapat mengesan banyak jenis masalah badan pesakit saya . Ini membuktikan Maha Kuasa Allah dalam setiap penciptaan-Nya yang hebat.

(CATATAN PENGALAMAN PENULIS- EN. MUHD AZAM - SERBA SEDIKIT DI BIDANG IRIDIOLOGI)

Tuesday, June 2, 2009

My Great adventure in Mylife

This site content my memoriable flash about my adventure in the Tabligh field , and also my visited place and my pupils in a school in Malaysia .

Click here to see my adventure / excellent picture (Click this words)

Rawatan Islam dan Sunnah Nabi

Rawatan dan Sunnah Nabi

Pengenalan


Rawatan yang terbaik ialah rawatan yang telah diajar dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ini kerana perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh Baginda Nabi adalah daripada panduan dan petunjuk daripada Allah Taala . Nabi kita tidak melakukan sesuatu dengan hawa nafsunya semata-mata bahkan sebaliknya merupakan wahyu daripada Allah Azzawajalla.



Sesungguhnya amalan perubatan nabawi inilah merupakan jalan penyelesaian yang terbaik untuk kita cari bagi merawat sebarang penyakit rohani yang membelenggu diri dan orang lain.



Percayalah dengan amalan perubatan nabilah yang juga merupakan sunnah Baginda Kita , akan adanya keberkatan dalam hidup kita ; jika tidak di dunia pun , setidak-tidaknya di akhirat jua. Mencapai redo Ilahi melalui amalan berubat cara Islam adalah jalan terbaik buat kita semua . Amin.



Marilah dan ayuhlah saudara-saudaraku semua : Kita Kembali Kepada Rawatan Islam ; untuk sama-sama mencapai keredoaan-Nya. Amin.

Untuk maklumat lanjut saya telah menyediakan satu laman web berkenaan tajuk di atas . Sila layari di http://www.rawatanislamazam.com

Tips Amal Sunnah Nabi

Amalkan Gaya Hidup Sihat . Gaya Hidup Sihat yang hakiki ialah Gaya Hidup Islam . Itulah Gaya Hidup Nabi Kita Muhamad S.A.W.Jadikan Gaya Hidup Sihat kita berteraskan amalan sunnah Nabi Kita Muhammad S.A.W.

Amalan Sunnah Yang Agung :-

(a) Beraqidah ahli sunnah wal jamaah.
(b) Berfekah menurut mazhab yang muktabar
(c) Bertasauf menurut ahli sunnah wal jamaah

Jom amal sunnah nabi . Berubat pun cara nabi . Amalkan bekam sunnah .Boleh hubungi saudara, En. Muhd Azam ( Bukit Mertajam )untuk bekam sunnah 0124336419

TOBIB MUSLIM

Perkhidmatan Tobib Muslim :-

(a) Diagnosis penyakit.
(b) Rawatan Penyakit Fizikal: Rawatan Herba (HPA)
Bekam Sunnah

Untuk lebih lanjut sila laayri ke http://www.rawatanislamazam.com

Tips menjadi muslim yang baik

(a) Tauhidullah yang betul dan mantop.
(b) Amalan harian mengikut sunnah nabi.
(c) Berakhlak dengan akhlak murni (akhlak nabawi)
(d) Beristiqomah dengan tiga perkara di atas.

Tips to success

(a) Manage your thinking positively
(b) Manage your attitude rightly
(c) Manage your doings sufficiently.
(d) Manage your time greatly
(e)Manage your sociality proudly