Monday, May 10, 2010

Ketenangan dan Rawatan Islam

Asas kesembuhan adalah ketenangan jiwa . Jiwa yang tenang ( Mutmainnah ) jiwa yang diredoi Allah . Jiwa yang tidak berkecamuk dengan pelbagai masalah duniawi ( bukan tiada masalah tetapi masalah tidak menguasai hati ). Jiwa yang khusyuk dan tunduk kepada tuhannya yang Maha Tinggi . Jiwa yang sentiasa ingat akan Allah pencipta dirinya yang hina , lemah dan tiada daya upaya pun . Jiwa yang pasrah hanya kepada Allah . Jiwa yang kuat dengan Allah . Itulah gambaran hal jiwa yang tenang ( mutmainnah ) .

Segala rawatan akan kembali kepada hati yang menjadi tempat tumpuan Allah . Jika jiwa itu rosak maka rosaklah sekalian anggota badannya . Itulah hati tempat tilik tuhan , Pencipta Alam Jagat .

Jika mau sihat , maka hati itu perlu sihat terlebih dahulu . Dengan hati , kita menuju kepada-Nya . Tunduk , patuh dan pasrah akan hadirat Ilahi .

Sunday, May 9, 2010

Bahaya amalan syirik

1) Amalan ditolak dan tidak diterima
2) Seluruh kehidupan menjadi sesia selagi tidak meninggalkan syirik tersebut.
3) 'Aura ' tubuh menjadi gelap kerana dosa yang dipalit .
4) Bakal menjadi manusia celaka di akhirat kelak .
Bagi yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya , sama ada rawatan Bekam Sunnah , iridiologi , mahu pun pelbagai penyakit zohir dan bathin bolehlah menghubungi saya seperti di Bukit Mertajam :

No. Tel : 0124336419 ( En Azam )

( sms jika tidak dapat hubungi secara biasa insyaallah saya akan balas kemudian )

Bentuk Rawatan Masa Kini

Saya dapati ada pelbagai jenis kaedah merawat yang dilakukan oleh pelbagai lapisan perawat. Saya lihat perawat Islam begitu kreatif dalam membantu pesakit mereka ; tetapi tidaklah sampai menyeleweng dari ajaran Islam ; itu tak apa. Begitulah kuasa Allah dan betapa kaya-Nya Ilmu-Nya dalam bidang perubatan ini . Saya dalam bidang perubatan ini telah menempuh pelbagai pengalaman berharga dalamnya . Apa yang penting bagi saya , ini telah dapat memantapkan iman kepada-Nya jua. Amin .

Thursday, May 6, 2010

Kajian Rawatan Islam

Kebanyakan yang datang berubat kepada saya meliputi pelbagai penyakit fizikal dan juga rohani . Penyakit fizikal seperti penyakit kulit yang sukar untuk diubati ,penyakit lemah fizikal sehingga dinasihati doktor supaya tidak berpuasa kerana uzur , masalah rumahtangga , gangguan makhluk halus dan sebagainya .

Apa yang penting penanaman akidah Islam amat penting supaya manusia tidak berputus asa dalam mengubati penyakit yang mengganggu mereka .